Monday, May 4, 2009

Tomok Menang 1 Juta, Juara One In A Million

Tahniah buat Tomok atau Shah Indrawan kerana berjaya memecahkan rekod sebagai peserta lelaki & artis pertama yang memenangi gelaran juara OIAM 3 & membawa pulang RM 1 juta. Sememang’nya OHBULAN! serta beberapa blog hiburan lain kerap mempromosi’kan Tomok sepanjang berlangsung’nya OIAM 3 sebagai tanda sokongan kepada beliau. Tahniah lagi sekali di’ucap’kan kepada beliau.

Ikuti artikel penuh daripada KOSMO! - Tomok kini jutawan juarai OIAM3
SHAH ALAM - Vokalis kumpulan New Boyz (NB), Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 25, mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi artis lelaki pertama menjuarai rancangan realiti One In A Million musim ketiga (OIAM3) di sini semalam.
Dua musim OIAM terdahulu dimenangi berturut-turut oleh peserta wanita iaitu Suki dan Ayu.
Kemenangan Tomok yang membawa lagu Hanya Kau Yang Mampu nyanyian Aizat (AF5) dan sebuah lagu baru, Rindu Terhenti ciptaan Aubrey dan Tinta S. sekali gus membolehkannya membawa pulang hadiah wang tunai RM1 juta.

Sememangnya hadiah tersebut telah ditakdirkan menjadi rezeki Tomok walaupun pada awal rancangan dia diumumkan mendapat undian paling rendah dan hampir dikeluarkan.
Bagaimanapun, pada saat-saat akhir dia dimasukkan semula sebagai finalis atas permintaan khidmat pesanan ringkas (SMS) orang ramai.

Kemenangan tersebut membenam impian dua finalis lain iaitu Esther dan Aweera untuk bergelar juara pada pertandingan akhir terbitan 8TV yang berlangsung di Stadium Malawati di sini.

Kepada pembaca OHBULAN! yang terlepas persembahan Tomok malam tadi, anda boleh ikuti’nya dengan menonton video di’bawah.